KWSP umum bayaran i-Sinar, i-Citra bulan Oktober dikreditkan ke akaun mulai esok

0

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memaklumkan bahawa pembayaran duit i-Citra bagi bulan Oktober akan mulai dibuat pada 1 Oktober 2021.

Menurut KWSP dalam satu kenyataannya di Twitter, pengkreditan amaun ke akaun bank ahli akan dibuat dalam tempoh 1-3 hari bekerja bergantung kepada prosedur bank.

Manakala bagi bayaran i-Sinar bagi bulan Oktober pula, KWSP memaklumkan ia akan dikreditkan ke akaun pelanggannya pada 27 September lalu.

“Orang ramai yang memohon boleh menyemak status bayaran terkini melalui i-Akaun (Ahli).

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, boleh juga hubungi Hotline i-Citra di talian 03-89224848”, merujuk kenyataan KWSP.–THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

 

Leave a Reply