Kunci tertinggal di dalam kereta, reaksi anak ‘endah tak endah’ mencuit hati warganet

0

Ibu bapa yang mempunyai anak kecil harus banyak bersabar dengan kerenah dan kenakalan mereka.

Tetapi jika ibu bapa mengalami situasi seperti di dalam video ini pasti serba salah sama ada hendak memarahi atau berasa lucu dengan aksi kecomelan si kecil berkenaan.

Video yang dikongsi oleh @itsSlyGuy di laman Twitter miliknya telah tular sejak semalam.

Video berkenaan memaparkan seorang lelaki sedang berusaha mencapai kunci yang tertinggal di dalam kereta melalui ruang kecil tingkap yang terbuka.

Ketika kejadian, kelihatan anak perempuan yang berada di dalam kereta terbabit hanya melihat sahaja kegigihan bapanya sambil menguis kunci ketepi.

Apa yang paling melucukan ialah apabila reaksi anak kecil itu menyerahkan kembali besi yang terjatuh kepada bapanya dengan muka selamba dan tidak bersalah.

Respon anak kecil dalam video terbabit telah membuatkan warga maya terhibur dengan gelagatnya dan meninggalkan pelbagai komen lucu di laman Twitter.

Leave a Reply