Kumpulan Senario buat kemunculan semula menerusi filem Ada Lagi Senario

0

Kumpulan lawak Senario pernah mencetuskan fenomena dalam industri hiburan seni tanah air.

Setelah sekian lama kumpulan berkenaan tidak beraksi di kaca televisyen mahupun di pawagam, kini kumpulan lawak yang terkenal pada era 90-an bakal membuat kemunculan semula tidak lama lagi.

Jika sebelum ini Senario pernah muncul dalam filem Senario XX, Lagi-Lagi Senario, Senario Lagi dan Senario The Movie, kini mereka bakal berlakon dalam filem terbaru berjudul Ada Lagi Senario arahan pengarah tersohor, Aziz M Osman.

Filem yang akan dilakonkan oleh Abdul Wahid, Azlee Jaafar, Hamdan Ramli, Ilya Buang, Mazlan Pet Pet, Saiful Apek dan Yassin Yahya, dijangka akan ditayangkan di pawagam pada tahun hadapan.

Berita gembira ini dikongsi oleh pelakon dan pelawak Saiful Apek menerusi laman Instagram miliknya.

Leave a Reply