Kumpulan ‘Pak Maun Junior’ hiburkan tetamu menari lagu Pop Yeh Yeh undang gelak tawa ramai, pasti ada seorang yang “over confident!”

0

Rakaman video yang memaparkan sekumpulan kanak-kanak ‘enjoy’ menari tarian lagu berentak Pop Yeh Yeh menjadi viral di media sosial.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3049598185264830&id=100006440352156

Gelagat sekumpulan kanak-kanak cilik yang digelar ‘Pak Maun Junior’ menari ketika mengadakan persembahan lagu Pop Yeh Yeh membuatkan ramai penonton terhibur.

Apabila lagu berjudul Suzana yang dinyanyikan oleh penyanyi pujaan ramai sekitar tahun 60an Allahyarham M. Osman dimainkan, sekumpulan kanak-kanak cilik berambut ‘afro’ mula menari mengikut irama rancak lagu berkenaan.

Aksi salah seorang kanak-kanak yang bernama Ahmad Rizqie membuatkan para ibu-bapa dan tetamu yang hadir geli hati melihat gelagat lincahnya.

Kanak-kanak cilik yang berusia empat tahun ini merupakan pelajar di Tadika Tunas Ilmiah, Taman Nusa Intan dan merupakan anak didik kepada Cikgu Ain yang telah melatih tarian rancak itu.

Persembahan terbabit merupakan acara selingan untuk menghiburkan tetamu yang hadir sempena sambutan majlis graduasi dan anugerah kecemerlangan tadika berkenaan.

Perkongsian video telatah si cilik ini menari mengundang tawa netizen yang turut memuji kecomelan aksi mereka di pentas.

Leave a Reply