Kumpulan Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali tetap berdiri teguh bersama Tun Dr Mahathir Mohamad

0

Berpaksikan aspirasi rakyat mahukan sebuah kerajaan yang stabil dalam memberi tumpuan menyesaikan masalah rakyat, memulihkan ekonomi, menjana pertumbuhan, mencipta pekerjaan serta melaksana dasar-dasar agar kemakmuran negara dikongsi bersama tanpa mengira kaum dan wilayah.

Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali bersama 10 Ahli Parlimen berpegang teguh pada prinsip mereka untuk memberikan sokongan penuh terhadap Tun Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri sepenggal penuh untuk melaksanakan rekonsiliasi nasional.

Melalui kenyataan media beliau berkata bagi memenuhi aspirasi terbabit, ahli-ahli politik perlu bangkit meninggalkan politik kepartian yang sempit dan perlu bersatu di bawah kepimpinan Tun Dr Mahathir bagi menjurus kepada kestabilan negara dan terus maju menangani cabaran bangsa.

Tambah beliau sebagai pendukung rekonsiliasi nasional turut mengucapkan tanda terima kasih kepada rakyat Malaysia yang kekal tenang memerhatikan perkembangan politik yang berlaku dalam negara.

“Kami amat terkesan dengan sikap berimbang dan saksama rakyat Malaysia. Kami merasai denyut nadi kehidupan anda. Aspirasi anda akan kami penuhi,” ujar Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply