Kulat antara punca batuk dan selsema

0

Sepanjang mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kita hanya duduk di rumah demi memastikan kesihatan terjamin dan terlindung dari jangkitan penyakit virus COVID-19.

Walaupun sekadar berada di rumah, masih ada di antara anda yang mengalami gejala batuk dan selsema. Mengapa?

Cuba lihat siling dan dinding pejabat serta rumah anda. Ada nampak tompok tompok hitam berdebu yang berkumpul?

Ya,itulah KULAT.
Bagaimana ia terjadi?

Menerusi perkongsian di laman media sosial Facebook @Public Health Malaysia, kulat pada dinding dan siling biasanya berlaku akibat persekitaran yang lembab akibat kebocoran bangunan atau sistem pengudaraan yang tidak lancar.

Bukan sekadar kulat yang menempel di dinding dan menyakitkan pandangan mata, sebenarnya ia mendatangkan pelbagai kesan buruk kepada kesihatan.

Spora halus yang dibebaskan oleh kulat ini boleh disedut masuk ke paru-paru dan menyebabkan iritasi serta radang kepada saluran pernafasan.

Ia boleh mengakibatkan hidung berair dan tersumbat, bersin, batuk, sesak nafas dan nafas berbunyi.

Sekiranya tidak dibersihkan, keadaan yang terdedah secara berterusan boleh mengakibatkan fungsi paru-paru terjejas dan membawa masalah kronik seperti penyakit asthma.

Bagi yang sememangnya menghidap penyakit asthma atau lelah, mereka akan mengalami gejala ini lebih kerap dan boleh menjadi lebih serius.

Petanda lain kehadiran tetamu tidak diundang ini termasuklah bau kepam, kesan air, kesan meruap dan cat dinding mengggelupas.

Bolehkah kulat ini dicegah?

Pastikan pengudaraan yang sesuai di dalam bangunan terutamanya bahagian yang lembab dan gelap seperti tandas, bilik membasuh dan dapur.

Ambil perhatian dan pastikan sistem saliran air di bumbung berjalan lancar agar tidak melimpah.

Bersihkan kulat terbabit dengan menggunakan sabun dan air. Jika kulat masih tumbuh, tukar kepada bahan lebih kuat seperti peluntur.

Apa yang penting, cari punca yang menyebabkan pertimbuhan kulat dan perbaiki masalah berkenaan.

Jika barangan berfabrik ditumbuhi kulat dan sukar untuk dibersihkan, anda mungkin tiada pilihan lain selain membuang barangan terbabit.

Beri perhatian kepada kebersihan tempat tinggal dan tempat anda bekerja.

Ajak ahli keluarga berganding bahu dalam memastikan kebersihan tempat tinggal demi kesihatan dan kebahagiaan bersama.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2635597310063458&id=1712327752390423

– THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

 

Leave a Reply