Kucing pun nak beraya, menyorok dalam bonet depan kereta

0

Tidak dibenarkan rentas negeri!

Itu yang sering ditegaskan oleh pihak berkuasa terutama ketika musim perayaan ini.

Namun perkongsian dari laman Twitter Ahmdfaiz12 yang berkongsi detik mencemaskan tetapi lucu!

“Kisah pagi raya..polis tahan igatkan aku buat salah, rupanya ada kucing dekat bonet depan kereta aku, hahahaha.. Alahaiii cik meow 🤦‍♂️ https://t.co/HwyUv1lFQ” ujar Faiz.

Faiz juga turut memuatnaik beberapa gambar yang memaparkan pihak berkuasa membantu mengeluarkan kucing yang ingin “beraya” bersama.

Amboi cik bulus pun nak beraya ya sampai sanggup menyorok kat dalam bonet!

Faiz juga sempat menghantar pulang kucing malang terbabit ke kawasan perumahan demi keselamatan kucing berkenaan.

Perkongsian berkenaan telah diulangkicau sebanyak 11,900 dan 16,300 tanda suka.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply