Kru produksi filem maut, bekas wartawan tv antara 3 yang cedera

0

Seorang kru produksi filem maut sementara tiga lagi parah selepas kenderaan dinaiki mereka terbabas terlanggar tunggul kayu yang berada di sebelah kiri jalan.

Kejadian berlaku jam 1.15 petang tadi di Kilometer 71, Jalan Kota Bharu-Kuala Terengganu berhampiran simpang tiga Kampung Saujana.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.15 petang, Muhammad Nurshamril Abdul Malek, 27, dari Kuala Lumpur yang juga pemandu kereta Perodua Alza disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Afandi Hussin berkata, ketika kejadian, mangsa bersama tiga rakan sekerjanya dalam perjalanan dari Kota Bharu, Kelantan menghala ke Kuala Lumpur.

“Setibanya di tempat kejadian pemandu dipercayai gagal mengawal kenderaan sebelum terbabas dan terlanggar tunggul kayu yang berada di sebelah kiri jalan menghala ke Kuala Terengganu.

“Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Setiu mengeluarkan mangsa yang berada dalam kenderaan itu,” katanya ketika dihubungi hari ini.

DSP Afandi berkata, penumpang hadapan adalah Kamarul Anuar Mohamed yang juga merupakan seorang bekas wartawan tv dikatakan patah jari tangan serta penumpang belakang, Amir Daniel Suhaimi, 23, dari Kuantan, Pahang retak tulang di bahagian leher.

“Sementara itu seorang lagi penumpang belakang kiri Nur Azizi Nazril Abd Aziz, 26, dari Kuala Lumpur putus tangan kiri,” katanya.–THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply