KPT mansuh pengeluaran sijil SSLN, STH

0

Pengeluaran Sijil Sokongan Luar Negara (SSLN) dan Surat Tiada Halangan (STH) bagi lanjutan pelajaran ke peringkat ijazah luar negara dimansuhkan serta merta.

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mengambil langkah ini susulan mendapati penyalahgunaan serta pemalsuan dokumen oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

KPT dalam satu kenyataan media berkata pelajar Malaysia yang berhasrat untuk melanjutkan pengajian di luar negara perlu memastikan institusi serta program yang dipilih adalah yang diiktiraf.

“Pelajar digalakkan untuk membuat semakan dan mendapatkan pengesahan status pengiktirafan kelayakan yang dianugerahkan oleh pemberi pendidikan tinggi luar negara daripada pihak berkuasa dan badan jaminan kualiti negara terbabit.

“Pelajar juga boleh merujuk laman web Sistem Pengiktirafan Kelayakan Perkhidmatan Awam (eSisraf) www2.mqa.gov.my/esisraf untuk mendapatkan senarai Sijil, Diploma dan Ijazah Pertama luar negara yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia bagi tujuan permohonan dan pelantikan jawatan dalam perkhidmatan awam,” ujar pihak berkenaan.

[KENYATAAN MEDIA]PEMANSUHAN PENGELUARAN SIJIL SOKONGAN LUAR NEGARA (NO OBJECT CERTIFICATE NOC) DAN SURAT TIADA HALANGAN (CLEARANCE LETTER,CL)

Dikirim oleh Kementerian Pengajian Tinggi pada Jumat, 24 Juli 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply