KPN sokong tindakan pegawai polis kawal provokasi

0

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani menyokong penuh tindakan seorang pegawai berpangkat inspektor yang tegas dalam menangani provokasi berkenaan isu durian di Raub, Pahang.

Lapor Sinar Harian, Datuk Seri Acryl  berkata, cara pegawai itu mengendalikan provokasi sedemikian sememangnya diharapkan ketika bertugas dalam situasi terbabit.

“Sebagai penguat kuasa undang-undang, kita (Polis Diraja Malaysia) mahu tindakan seperti itu. Tegas bagi memastikan undang-undang dipatuhi.

“Ada masyarakat yang suka maki hamun, mencela kepada polis. Tapi, kita tetap dengan pendirian bahawa kita tidak ada pilih kasih dalam undang-undang,” katanya.

Tegas Acryl Sani, pihaknya menjalankan tugas mengikut undang-undang dan orang ramai diingatkan tidak mengganggu tugas polis hingga boleh dikenakan tindakan. –THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply