KPM perkenal tiga model pengoperasian pembukaan penuh sekolah

0

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memperkenalkan tiga jenis model iaitu Model Satu Sesi, Model Dua Sesi dan Model Penggiliran bagi pengoperasian pembukaan penuh sekolah.

Model Satu Sesi ialah untuk sekolah yang mempunyai bilik darjah atau ruang yang mencukupi bagi menempatkan semua murid dalam satu sesi.

Model kedua pula untuk sekolah sedia ada yang telah beroperasi secara dua sesi ataupun sekolah satu sesi yang kini perlu beroperasi secara dua sesi kerana kapasiti ruang tidak mencukupi untuk menampung semua murid.

Manakala bagi Model Penggiliran adalah yang melibatkan sekolah yang tidak menpunyai ruang yang cukup untuk menempatkan semua murid walaupun dengan melaksanakan model dua sesi.

Bagi sekolah menengah, Model Penggiliran untuk murid tingkatan lima dan enam diwajibkan hadir ke sekolah setiap hari, manakala bagi murid tingkatan satu hingga empat kehadiran perlu dibuat secara bergilir-gilir mengikut kelas atau aliran tertentu.

Kehadiran secara bergilir-gilir ini juga turut terpakai kepada murid tahun satu hingga enam bagi sekolah rendah.

Untuk model penggiliran, kaedah pembelajaran murid adalah secara hybrid iaitu secara bersemuka di sekolah semasa hari persekolahan dan secara ‘Home Based Learning’ di rumah untuk hari-hari yang tidak dijadualkan berada di sekolah.

Tiga model pengoperasian pembukaan penuh sekolah yang perlu dijadikan panduan oleh pentadbir sekolah mengikut kesesuaian…

Posted by Kementerian Pendidikan Malaysia on Wednesday, 1 July 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply