KPM akan keluarkan jadual baharu SPM

0

Kementerian Pendidikan (KPM) akan mengeluarkan jadual baharu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 dalam tempoh terdekat.

Perkara itu dinyatakan Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin dalam hantaran video di Facebook, hari ini.

“Kami menerima banyak pandangan daripada ibu bapa dan calon SPM 2021 berkaitan dengan jadual peperiksaan SPM yang dikeluarkan KPM dan mengambil kira semua pandangan yang diberikan.

“Insya-Allah kita akan keluarkan satu jadual baharu berkaitan Peperiksaan SPM 2021 dalam masa yang terdekat,” katanya melalui hantaran video di Facebook, hari ini.

Jadual Peperiksaan SPM tahun ini mengundang kritikan pelbagai pihak berikutan tarikh peperiksaan yang akan bermula pada 3 Mac hingga 20 Mac 2022 itu jatuh pada Jumaat dan Ahad.–THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply