KPDNHEP terima 2,920 aduan melalui sistem E-Aduan

0

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah membuat pemantauan harian 25 jenis bekalan barangan keperluan asas.

Pemantauan telah dilakukan ke atas 1,020 premis perniagaan termasuk 799 peruncit, 190 pemborong dan juga 31 pengilang.

Pihak KPDNHEP juga telah melakukan kira-kira 1,709 pemeriksaan khas Pematuhan SOP PKPB bermula kelmarin, (14 Mei 2020) dan mendapati 1,406 premis mematuhi SOP yang telah ditetapkan.

Manakala 185 premis telah diberi nasihat dan 18 premis lagi diberikan amaran di atas ketidakpatuhan SOP.

Selain itu, pihak KPDNHEP juga telah menerima sebanyak 2,920 aduan mengenai harga dan juga bekalan dan ianya telah direkodkan untuk tindakan melalui sistem E-Aduan.

Orang ramai dinasihatkan agar tidak bimbang dengan bekalan makanan dan keperluan harian sepanjang bulan Ramadhan dan dijamin mencukupi malahan tindakan bakal diambil jika pihak berkuasa mendapati mana-mana peniaga sama ada di peringkat pengeluar, pengilang, pemborong atau peruncit yang cuba mengambil kesempatan menaikkan harga barangan secara mendadak.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply