KPDNHEP pantau 25 jenis bekalan mencukupi

0

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) melalui bahagian penguatkuasa sentiasa menjalani penguatkuasaan memantau 25 jenis bekalan serta bertindak menangani isu-isu pembekalan melalui Akta Kawalan Bekalan 1991 dan Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011.

Kelmarin, penguatkuasa KPDNHEP telah membuat pemantauan harian melibatkan 1,021 premis perniagaan termasuk 785 peruncit, 205 pemborong dan 31 pengilang.

Secara keseluruhan daripada laporan yang dilakukan oleh KPDNHEP bekalan barangan keperluan adalah mencukupi dan mampu menampung permintaan.

Kerajaan berharap pihak pengeluar, pengedar, pemborong dan peruncit sentiasa memberi kerjasama kepada pihak bertanggungjawab memastikan bekalan mencukupi juga tidak menaikkan harga jualan sesuka hati.

Kerajaan berharap pihak pengeluar, pengedar, pemborong dan pasar raya sentiasa memberi kerjasama dalam memastikan…

Dikirim oleh Kementerian Pertahanan Malaysia pada Sabtu, 18 April 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply