Kota Belanda monumen popular di Pulau Pangkor

0

Kota Belanda terletak di Teluk Gedung, Selatan Pulau Pangkor kira-kira 100 meter dari pantai.

Sejarah tentang Kota Belanda iaitu sebuah kota batu binaan yang dibina oleh Syarikat Timur Hindia Belanda pada  20 Mac 1670 sebagai tempat menyimpan bijih timah yang kini berusia lebih 300 tahun sebagai gedung untuk menyimpan bijih timah yang diperolehi dari Negeri Perak.

Pada tahun 1690, rakyat tempatan yang tidak bersetuju dengan cara Belanda memperolehi bijih timah tersebut dan telah membinasakan kota ini di bawah pimpinan Panglima Kulup.

Serangan ini mengakibatkan ramai daripada orang-orang Belanda terbunuh dan gedung itu telah ditinggalkan.

Selepas dimusnahkan, pada tahun 1743 hingga 1748, pihak Belanda telah membinanya semula dan menempatkan 60 otang askar termasuk 30 orang berbangsa Eropah untuk mengawal gedung berkenaan.

Pada tahun 1784 pula Belanda telah membina sebuah lagi gedung berdekatan dengan Sungai Perak.

Berikutan itu pemerintah Belanda di Betawi mengarahkan supaya gedung lama yang terletak di Pulau Pangkor itu ditinggalkan.

Akibat tiada penjagaan, gedung ini telah mengalami kerosakan sehinggalah pihak Muzium Negara memulihkan kembali gedung ini.

Pada 1973, kota ini telah dibina semula oleh Jabatan Muzium dan telah diwartakan sebagai monumen lama dan tapak tanah bersejarah di bawah Akta Bendapurba 1976 dalam Seksyen No. 247 , Warta Kerajaan Negeri Perak bertarikh 31 Mac 1970.

Dilaporkan, Kota atau gedung yang dibaiki semula ini mengikut bentuk serta ukurannya yang asal iaitu 3 x 5 meter persegi manakala tembok batunya setinggi enam hingga tujuh meter.

Bagaimanapun bumbungnya tidak dapat dibina kerana bentuk asalnya tidak diketahui oleh pihak Muzium Negara.

Pada tahun 1997, kerajaan negeri Perak telah memajukan lagi kawasan ini sebagai kawasan pelancongan negeri Perak.

Beberapa rumah limas tradisional negeri Perak telah dibina malah gerai-gerai makanan pakaian dan cenderamata juga terdapat di sini.

Beberapa bahagian kota ini telah dibaiki semula dan diperindahkan di persekitaran perkampungan nelayan Melayu.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply