Kongsi bakat menyanyi di laman Instagram, boleh tahan juga suara Tiz Zaqyah ya!

0

Sepanjang menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), nampaknya masyarakat mula mengeluarkan bakat terpendam yang mungkin tidak berkesempatan untuk dikongsi sebelum ini.

Ada yang bereksperimen dengan bahan masakan dan ada yang mengecat serta mendekorasi rumah.

Maklumlah, lebaran pun akan menjelma tidak lama sahaja lagi.

Apa salahnya mengisi masa mencantikkan rumah dan menaiktaraf skill masakan.

Sedap mata memandang dan sedap perut terisi masakan enak dipagi raya nanti.

Bagi pencinta seni, mereka memilih untuk meluaskan bakat seperti melukis, mencipta lagu dan menyanyi.

Pelakon berbakat besar, Tiz Zaqyah juga tidak ketinggalan berkongsi bakatnya dalam nyanyian.

Menerusi laman media sosial Instagramnya @tiz.zaqyah, gadis berkulit cerah ini memuatnaik video klip dengan menyanyikan sebuah lagu Inggeris berjudul The Little Mermaid.

Gemersik betul suaranya.
Kalau diasah betul – betul dan terus berlatih, pasti Tiz boleh bergelar penyanyi juga.

Jom kita hiburkan halwa telinga dengan memperdengarkan lagu dendangannya.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply