Kongsi aktiviti riadah bersama keluarga, Puan Seri Normala Samsudin tetap cantik tanpa secalit make-up

0

Pesona pengacara popular, Puan Sri Normala Samsudin masih jelas dalam ingatan peminat.

Bekas pengacara rancangan majalah wanita saluran TV3, Nona itu juga pernah berkhidmat sebagai penyampai berita Buletin Utama.

Selain itu, beliau juga bergandingan dengan Allahyarham Aziz Desa sebagai pengacara rancangan Seulas Pinang, juga pernah melebarkan sayap dalam bidang lakonan.

Namun, setelah berkahwin dengan ahli politik yang juga bekas Menteri di Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar Malaysia, Datuk Seri Azmi Khalid pada Oktober 2005, jarang sekali kita dapat melihat kelibatnya di kaca televisyen.

Menerusi platform media sosial Instagram peribadi, wanita kelahiran tahun 1964 ini berkongsi aktiviti harian kegemarannya.

Selain sibuk menghias halaman rumah dan menjaga anak-anak kucing kesayangan, beliau turut mengisi masa melakukan aktiviti riadah bersama keluarga.

Kelihatannya, beliau gemar berbasikal. Seperti dulu, beliau tetap cantik walaupun tanpa secalit solekan dan kelihatan stylo dalam pakaian sukan.

Bagus tu Puan Seri. Selain bersenam mampu mengeluarkan peluh dan menyihatkan badan, dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

 

Leave a Reply