Kompleks Sri Perdana mengalami banyak kerosakan – Dr Abd Latiff Ahmad

0

Kerajaan mengesahkan Kompleks Seri Perdana yang telah mencecah usia 22 tahun, telah mengalami banyak kerosakan.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas), Datuk Dr Abd Latiff Ahmad dalam jawapan bertulisnya di dewan rakyat, pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) telah memulakan kerja-kerja baik pulih dengan kos keseluruhan mencakupi RM38.5 juta.

“Kompleks Seri Perdana yang dibina pada tahun 1997 dan siap sepenuhnya pada tahun 1999. adalah kediaman rasmi kerajaan untuk Perdana Menteri Malaysia. Berikutan usia Kompleks Seri Perdana telah mencecah 22 tahun, ia telah mengalami banyak kerosakan.

“Justeru, pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) telah membuat skop kerja-kerja membaik pulih dengan kos keseluruhan sebanyak RM38.5 juta, termasuk kerja-kerja penggantian sistem pendawaian elektrikal dan kebocoran atap Kompleks Seri Perdana”, katanya dalam jawapan bertulis kepada pertanyaan jawab lisan di Dewan Rakyat.

Jelasnya, projek ini telah diluluskan pada 19 Mac 2021 dan kerja-kerja bermula pada 29 Mac 2021 dan dijangka siap pada 7 Disember 2021.

Tambahnya setakat hari ini (29 September 2021), kerja-kerja baik pulih telah mencapai 74% kemajuan, berbanding 71% seperti dalam jadual.

Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada pertanyaan jawab lisan di Dewan Rakyat oleh Datuk Mahfuz Omar (PH-Pokok Sena) mengenai status projek menaik taraf Kompleks Seri Perdana.

Menjelaskan berkenaan teks berkenaan, Datuk Dr. Abd Latiff berkata soalan itu telah dijawab secara bertulis oleh beliau sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) dan bukan oleh Perdana Menteri.–THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply