Komen lucu netizen di laman Facebook ‘Masak Apa Tak Jadi Hari Ni’ sering tidak mengecewakan!

0

Kita telah pun berada dalam penghulu segala bulan, iaitu bulan Ramadan.

Inilah pertama kali kita melaksanakan ibadah puasa di bulan yang penuh keberkatan di dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Jika tahun-tahun sebelum ini, kita selesa mendapat juadah berbuka di bazar-bazar Ramadan namun pada tahun ini memang banyak perbezaannya.

Demi membendung penularan dan dalam usaha memutuskan rantaian wabak pandemik ini, semua aktiviti yang melibatkan perjumpaan dan pengumpulan beramai – ramai telah dibatalkan dan di tangguh.

Bertitik tolak dari situ, masyarakat mengambil peluang dan kesempatan untuk memasak sendiri di rumah.

Bagi yang jarang atau sudah lama tak pegang kuali, inilah masanya untuk menguji kemampuan di dapur. Ewah! Yakin ya!

Sudah pastinya ada ‘peristiwa’ atau ‘kejadian’ yang tak ingini berlaku bukan?

Maklumlah, seni memasak ini mengambil masa untuk cekap dan perlu selalu dipraktikkan.

Viral kini Facebook @MASAK APA TAK JADI HARI NI OFFICIAL apabila perkongsian masakan yang gagal atau tidak menjadi dipertontonkan di laman media sosial berkenaan.

Malah ada yang sudah gagal ketika penyediaannya lagi.

Lesung batu terbelah dua, sudip patah dan kuali terbalik ketika menggoreng pun ada! Kuat sangat skill menggoreng tu ????
Ini masak ke bersilat di dapur? ????

Paling terhibur apabila mereka berkongsi rupa kejadian setelah selesai memasak.

Eksperimen menyediakan kek atau kuih muih jauh sekali tidak sama malahan berlainan rupa dan bentuk fizikal daripada yang dimahukan! Kelihatan rupa juadah yang mengerikan pun ada ya ????

Bertambah lucu apabila membaca komen dari netizen. Memang tak kering gusi dan pecah perut dibuatnya! ????

Semakin dikenali setelah turut dinyatakan oleh Perdana Menteri atau dengan panggilan mesra Abah oleh netizen, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam ucapannya ketika pengumuman penyambungan PKP baru-baru ini.

Pada ucapan terbabit, Tan Sri Muhyiddin Yassin berseloroh dan berkata, “kalau masakan berbuka puasa tidak jadi pun tak apa. Boleh ‘post’ dalam grup Facebook ‘Masak Apa Tak Jadi Hari Ni”.

Perdana Menteri pun tahu kewujudan page masakan lawak santai ini ya!

Dan kini laman Facebook berkenaan telah mencecah 1.5 juta pengikut!

Jom kami kongsi beberapa perkongsian lucu masakan yang kurang atau langsung tidak menjadi serta komen netizen yang membuat kita tidak kering gusi!

– THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply