Komen biadap pemuda dibidas padu oleh tentera

0

Perintah Kawalan Pergerakan seharusnya dipatuhi oleh seluruh rakyat Malaysia tanpa rasa prejudis kerana ianya bertujuan untuk menjaga keselamatan dan kesihatan semua.

Namun terlajak perahu boleh undur, terlajak kata buruk padahnya.

Mungkin pepatah sesuai ini patut ditujukan kepada pemuda yang bertindak biadap seperti yang ditularkan oleh pemilik akaun Facebook Malaysia Military Power.

Seperti yang telah dimuatnaik, pemuda berkenaan yang dikenali sebagai Noor Hisham telah meninggalkan komen biadap mengatakan jika askar yang ditugaskan menjaga keadaan negara, dia mahu melanggar dan mengingkari arahan terbabit kerana mahu melihat dan merasai bagaimana rasanya ditumbuk oleh tentera.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2927606690595661&id=108351972521161&sfnsn=mo

Namun komen terbabit telah di “screenshot” oleh pemilik akaun Malaysia Military Power dan telah dikongsi kembali bersama satu ‘pesanan’ ringkas.

“Ko cabar Kami kan. Nak rasa syahdu macam mana kami boleh bagi, pastu ko minta maaf pada kami. Penumbuk kami ni mahal tau. Kami slalu ajar orang ingkar ini dengan buttstock ja. MMP” tulis pemilik akaun berkenaan.

Setelah perkara berkenaan tular, pemuda terbabit memohon maaf kepada seluruh Anggota Tentera Malaysia di atas kesilapan yang dilakukan dan turut berasa tidak selamat akibat dari kesilapannya.

Dalam pada itu, pihak Malaysia Military Power menerima permohonan maaf dan menasihati pemuda berkenaan supaya tidak lagi mengulangi kesilapan yang telah dilakukan.

Berani betul dia jentik abg tentera.Dia tak pernah tengok ke cara latihan ATM ni??? Sedih hidup ko dik!

Apa-apa pun, semoga apa yang berlaku menjadi iktibar kepada kita semua.

– THE MALAYA POST

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply