Komandan kapal selam KRI Nanggala 402 kecewa Nanggala lambat dibaiki

0

JAKARTA: Komandan kapal selam KRI Nanggala-402, Leftenan Kolonel Laut Heri Oktavian didakwa pernah menzahirkan kekecewaan kerana proses baik pulih (overhaul) kapal selam itu sering tertangguh.

Lapor Tribunnews, perkara itu disampaikan oleh wartawan Kompas, Edna C Pattisna yang sebelum ini pernah menemu ramah Heri untuk menulis tentang Kesatuan Kapal Selam di Surabaya.

Jelas Edna, hubungannya dengan Heri mulai rapat selepas penemuan itu dan keakraban yang terjalin membuatkan anggota tentera laut itu tidak canggung berkongsi pendapatnya mengenai aset kapal selam di negara ini.

“Heri mengetahui betapa perlu dan pentingnya untuk Indonesia mempunyai aset ketenteraan, termasuk kapal selam yang berfungsi dengan baik bagi menjamin keselamatan negara.

“Beliau kesal kerana proses baik pulih Nanggala sudah tertangguh sejak 2020 walhal kapal selam itu perlu dibaiki segera kerana keadaannya sudah uzur,” katanya.

Namun, hasrat Heri untuk menyaksikan kapal selam itu diselenggara tidak kesampaian apabila beliau dan 52 anak kapal lain terkorban dalam tragedi yang menyayat hati.

Heri dilantik sebagai Komandan Nanggala pada 3 April 2020.

Pada 2012, kapal selam tersebut melakukan ujian tembakan torpedo, namun gagal menyebabkan tiga anggota tentera maut.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply