Kolej Matrikulasi dan IPG akan dibuka Ogos dan September depan

0

Kolej matrikulasi dan Institut Pendidikan Guru (IPG) bakal dibuka tertakluk kepada SOP dan juga garis panduan yang dipersetujui oleh pihak kementerian.

Menteri Pertahanan, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob berkata antara langkah yang diambil bagi mengawal penularan wabak COVID-19 ini adalah termasuk dengan penjarakan sosial, keselamatan dan juga kebersihan diri serta masyarakat sekeliling.

Proses pendaftaran akan dilakukan secara berperingkat dan bagi kolej matrikulasi pendaftaran akan bermula dari 3 hingga 7 Ogos.

Pendaftaran terbabit bakal melibatkan kira-kira 30,000 penuntut merangkumi 15 kampus.

Manakala proses pembelajaran pula akan bermula seminggu selepas proses pendaftaran.

Bagi IPG pula, pihak kementerian memaklumkan ianya akan dibuka pada bulan September 2020 melibatkan sejumlah 5,000 penuntut baharu dan 8,000 penuntut sedia ada.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply