Knox & Vivienne Jolie-Pitt keluar membeli belah disaat akhir sambutan Krismas bersama Angelina Jolie dan mereka kelihatan begitu dewasa!

0

Sukar untuk percaya Knox dan Vivienne Jolie-Pitt sudah berusia 11 tahun!  Kembar itu melangkah keluar bersama ibu mereka, Angelina Jolie untuk membeli-belah pada minit terakhir menjelang sambutan hari Krismas pada 23 Disember dan mereka kelihatan benar-benar membesar dengan cepat!

Aktres Angelina Jolie, 44 tahun, memastikan anak-anaknya berbelanja sempena Hari Natal. Hanya sehari sebelum Krismas, Angelina membawa kedua-dua anak kembar bongsunya, Knox dan Vivienne Jolie-Pitt, 11, untuk membeli-belah di Glendale, California.


Angelina dilihat berjalan bersebelahan dengan anak perempuan Vivienne dan rancak berbual, manakala Knox berjalan sedikit di hadapan ibu dan pasangan kembarnya.

Knox dan Vivienne adalah anak-anak Jolie-Pitt yang bongsu berusia 11 tahun dan mereka sudah hampir mencapai ketinggian Angie!

Angelina keluar dan menghabiskan masa shopping dengan hanya berpakaian kasual iaitu kemeja putih, skirt hitam, dan kot hitam labuh. Ibu yang paling hebat!

Knox kelihatan comel berbaju t-shirt bercorak dan berseluar jeans.  Vivienne begitu comel dengan t-shirt kelabu dan berseluar hijau.

Sehari sebelum Angie keluar bersama Knox dan Vivienne, Angelina telah menghabiskan masa membeli belah bersama Shiloh, 13, dan Zahara Jolie-Pitt, 14.

Shiloh kelihatan hampir mencapai paras ketinggian  Angelina. Angelina mempunyai rancangan istimewa menyambut Krismas dengan anak-anaknya.

Laporan HollywoodLife secara eksklusif turut memberitahu bahawa Angelina suka melihat anak-anaknya membuka stoking mereka pada pagi Krismas.  “Apabila tiba kepada hadiah yang diberikan Angelina cuba untuk tidak memberitahu tetapi dia cenderung merosakkan sedikit suasana sambutan Krismas dengan memberitahu hadiah apa yang diberikan dan dia tidak dapat menolong dirinya sendiri,” kata sumber kami.

HollywoodLife secara EKSKLUSIF juga mendapat info, Angelina secara khusus telah merancang untuk tinggal di Los Angeles supaya anak-anak dapat menghabiskan masa dengan ayah mereka, aktor Brad Pitt, 56, semasa cuti.

Angelina merasakan ianya sangat “penting” untuk anak-anak menghabiskan masa dengan ayah mereka.

Brad benar-benar tidak sabar untuk melihat dan bersama anak-anaknya ketika musim cuti ini.

“Dia hanya mahu mereka gembira pada musim cuti ini dan dia turut gembira menghabiskan masa dengan mereka,” sumber lain memberitahu HollywoodLife.

“Dia tidak sabar untuk bercuti seperti biasa tanpa drama atau masalah.”

Leave a Reply