Kluster Sentosa di Sarawak, 61 disaring

0

 

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam satu perkongsian memaklumkan terdapat satu kluster baharu melibatkan sebuah hospital di Kuching, Sarawak.

Kes pertama bagi kluster ini (iaitu kes ke-8773) merupakan seorang petugas kesihatan yang telah mengalami gejala saluran pernafasan pada 13 Julai 2020.

Individu ini telah dikesan positif COVID-19 pada 19 Julai.

Susulan daripada itu, siasatan dan aktiviti pengesanan kes secara aktif (active case detection) telah pun dijalankan.

Sehingga jam 12 tengah hari semalam, seramai 61 orang telah pun menjalani proses saringan.

Individu ini terdiri daripada :

i) 5 kes positif COVID-19
ii) 56 adalah negatif.

Ini menjadikan kluster terbabit mempunyai enam kes, iaitu lima petugas kesihatan dan seorang pekerja syarikat pembersihan.

KLUSTER SENTOSAKKM ingin memaklumkan sebuah kluster baharu yang melibatkan sebuah hospital di Kuching, Sarawak. Kes…

Dikirim oleh KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA pada Selasa, 21 Juli 2020

Kesemua mangsa sedang dirawat di Hospital Umum Sarawak.

Perkhidmatan hospital terbabit masih diteruskan namun hospital tidak menerima pesakit dalam manakala pesakit luar pula akan dirujuk ke hospital berdekatan yang ditetapkan untuk rawatan buat sementara waktu.

Langkah pembendungan dan kawalan jangkitan seperti proses nyah kuman dan nyah cemar sedang dijalankan.

Walaubagaimanapun punca kepada jangkitan kluster ini masih berada di dalam siasatan.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply