Kluster pengawal keselamatan pula dikenalpasti

0

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengenalpasti satu kluster baharu yang melibatkan pengawal dan anggota keselamatan di sebuah pusat beli-belah di Cheras, Kuala Lumpur.

Menerusi perkongsian di laman media sosial Facebook, sehingga 7 Mei jam 12 tengah hari, sebanyak 10 kes positif COVID-19 telah dilaporkan dalam kluster ini dan melibatkan sembilan warganegara Nepal dan seorang warganegara Malaysia.

Punca jangkitan bagi kluster ini masih dalam siasatan.

Langkah-langkah pembendungan dan pencegahan seterusnya telah diambil seperti mengenalpasti serta menjalankan ujian saringan COVID-19 ke atas semua pekerja dan kontak rapat mereka.

Kesemua kes warganegara Nepal dalam kluster ini tinggal di kediaman yang sama bertempat di Cheras.

Saringan COVID-19 turut dijalankan ke atas penghuni kediaman mereka, pengawal keselamatan di pusat membeli-belah tersebut dan juga para pekerja pasaraya yang berkait rapat.

Setakat ini, seramai 436 orang telah disaring dan 10 kes didapati positif, 347 negatif manakala 79 orang masih lagi menunggu keputusan.

Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Cheras dan Titiwangsa memberitahu pihak mereka akan terus menjalankan pemantauan ke atas kenaikan kes COVID-19 berkaitan kluster ini.

Kesemua kontak rapat setiap kes telah dipanggil untuk menjalani proses saringan dan juga diberi pendidikan berkaitan kesihatan.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10157019785451237&id=373560576236

– THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

 

Leave a Reply