Kluster Pedas pula dikenalpasti, 786 telah menjalani ujian saringan COVID-19

0

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengenalpasti satu kluster yang melibatkan warga pekerja di sebuah kilang di Pedas, Rembau.

Kluster terbabit mula dikesan pada 2 Mei lalu apabila seorang kakitangan kilang berkenaan tidak sihat dan mula mengalami gejala demam, batuk, selesema, sesak nafas dan sakit kepala pada 5 April.

KLUSTER PEDASPada 2 Mei 2020, KKM telah mengenalpasti satu kluster yang melibatkan warga pekerja di sebuah kilang di…

Dikirim oleh KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA pada Jumat, 08 Mei 2020

Individu terbabit juga telah mendapatkan rawatan di klinik kesihatan dan ujian saringan COVID-19 telah dijalankan pada 10 April lalu.

Pada 12 April, keputusan ujian pengesanan yang telah dilakukan menyatakan individu berkenaan disahkan positif COVID-19.

Setelah disahkan positif, pihak kementerian telah menjalankan siasatan dan proses saringan bagi kontak rapat kakitangan terbabit.

Sehingga 8 Mei jam 12 tengah hari, seramai 786 orang telah melalui proses saringan yang terdiri daripada pekerja kilang dan juga ahli keluarga pekerja.

Daripada jumlah keseluruhan ini, 60 kes didapati positif, 286 kes negatif dan 440 orang masih menunggu keputusan.

Kes-kes positif kluster ini melibatkan tujuh warganegara Malaysia dan 53 bukan warganegara, iaitu:

• 25 kes (warga Nepal)
• 18 kes (warga Bangladesh)
• 8 kes (warga Indonesia)
• 2 kes (warga Myanmar).

Namun punca kepada jangkitan bagi kluster ini masih berada dalam siasatan pihak berkuasa.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply