Klinik Kesihatan Salak beroperasi seperti biasa, penutupan sementara tiada kaitan dengan wabak koronavirus

0

Pengarah Kesihatan Negeri Selangor, Dato’ Indera Dr. Sha’ari Ngadiman tampil membuat satu penjelasan mengenai berita yang tular berkaitan penutupan Klinik Kesihatan Salak, Daerah Sepang.

Beliau berkata, kenyataan yang disebarkan melalui media sosial berkenaan penutupan klinik tersebut disebabkan terdapat satu kes Patient Under Investigation (PUI) 2019 novel Coronavirus (nCov) adalah tidak benar sama sekali.

“Semakan mendapati kes terbabit tidak memenuhi definasi kes dan tiada kontak dengan kes positif nCov atau sejarah ke Negara China dalam tempoh 14 hari.”

Tambah beliau, tindakan penutupan dan dekontaminasi yang dilakukan oleh pihak klinik kesihatan adalah sebagai langkah berjaga-jaga.

Dalam pada itu, kes tersebut telah pun dirujuk ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan disebabkan oleh penyakit lain dan bukannya PUI nCov.

“Orang awam dinasihatkan tidak perlu risau mengenai perkara yang berlaku di Klinik Kesihatan Salak, Daerah Sepang.”

“Pegawai yang berkaitan telah dimaklumkan agar mematuhi Prosedur Operasi Piawai (SOP) bagi semua tindakan yang diambil,” katanya.

Susulan yang berlaku, beliau selaku sebahagian daripada Jabatan Kesihatan Negeri Selangor memohon maaf atas segala kesulitan akibat penutupan sementara tersebut.

Walau bagaimanapun, Klinik Kesihatan Salak, Daerah Sepang kini dilaporkan telah beroperasi seperti biasa.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply