Klinik Kesihatan Bukit Indah sedia perkhidmatan kesihatan asas penduduk daerah Johor Bahru

0

Projek pembinaan Klinik Kesihatan (Jenis 3) Bukit Indah yang siap dibina menyediakan pelbagai perkhidmatan asas kepada 65 ribu penduduk di sekitar daerah Johor Bahru.

Antara perkhidmatan yang ditawarkan adalah seperti Rawatan Pesakit Luar, Kesihatan Ibu dan Anak, Pergigian, Rawatan Kecemasan, Farmasi, Pengimejan, Makmal dan Terapi Pekerjaan.

Klinik ini juga merupakan pembinaan di bawah Rancangan Malaysia Ke-Sepuluh (RMK-10) dengan kos keseluruhan sebanyak RM30 juta dan telah bermula pada 1 Mac 2017 seterusnya berjaya disiapkan pada 4 Mac lalu.

Johor Bahru, 28 Jun 2020 – Menteri Kesihatan, YB Dato' Sri Dr Adham Baba telah menyaksikan majlis penyerahan Projek…

Posted by KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA on Saturday, 27 June 2020

Majlis penyerahan Projek Klinik Kesihatan ( Jenis 3 ), Taman Bukit Indah telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia (Pakar), Dato’ Ir. Mohamad Zulkefly Sulaiman kepada Setiausaha Bahagian Kanan, Pembangunan Kementerian Kesihatan Malaysia, Dato’ Ramlan Harun.

Majlis penyerahan disaksikan oleh Menteri Kesihatan, Dato’ Sri Dr Adham Baba.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply