KKM sedia perkhidmatan psikososial kepada rakyat Malaysia

0

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah memulakan perkhidmatan kesihatan mental dan sokongan psikososial (MMHSS) sejak bermulanya wabak COVID-19.

Pakar Perubatan Kesihatan Awan dari Unit Kesihatan Mental di Bahagian Kawalan Penyakit, Dr Nurashikin Ibrahim berkata
pasukan mental dan psikososial telah dimobilisasikan di peringkat negeri serta daerah diselaraskan oleh pakar kesihatan perubatan awam.

Pasukan ini terdiri daripada anggota anggotanya iaitu:

– Pakar Kesihatan Awam
– Pakar Perubatan Keluarga
– Pakar Psikiatri
– Pakar Psikologi, Kaunseling dan Klinikal
– Pegawai Kebajikan
– Paramedik

Perkhidmatan kesihatan mental dan sokongan psikososial ini diberikan kepada mana-mana individu dalam kalangan masyarakat serta petugas yang mungkin terkesan dari segi emosi akibat berlakunya wabak COVID-19 ini.

Selain daripada itu, KKM dengan kerjasama pihak MERCY telah mewujudkan satu talian sokongan psikososial untuk menerima panggilan panggilan daripada individu individu yang mungkin hendak berhubung untuk mendapatkan khidmat sokongan psikososial.

Tambah beliau lagi, KKM juga turut bekerjasama dengan agensi-agensi lain dalam pelaksanaan perkhidmatan sokongan psikososial ini dimana agensi-agensi seperti Jakim, Kementerian Pembangunan Wanita turut mewujudkan talian talian seperti talian Nur dibawah Kementerian Pembangunan Wanita dimana agensi-agensi ini turut memberi perkhidmatan sokongan psikososial kepada masyarakat yang memerlukan.

Kementerian Kesihatan Malaysia menyediakan perkhidmatan sokongan psikososial kepada rakyat Malaysia. Justeru, semua…

Dikirim oleh KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA pada Rabu, 08 April 2020

Oleh itu mana mana individu diluar sana yang mempunyai permasalahan dan memerlukan apa apa sahaja yang berkaitan dengan isu kesihatan minda ataupun emosi, individu tersebut digalakkan untuk menghubungi talian talian yang tertera.

Kementerian Kesihatan Malaysia menyediakan perkhidmatan sokongan psikososial kepada rakyat Malaysia. Justeru, semua petugas barisan hadapan (frontliners) atau individu yang terkesan emosi daripada kejadian COVID-19 boleh mendapatkan perkhidmatan tersebut dengan menghubungi talian berikut:

• 011-63996482 / 011-63994236 / 03-29359935

Waktu operasi bagi perkhidmatan sokongan psikososial adalah dari jam 8.00 pagi sehingga 5.00 petang setiap hari. Perkhidmatan ini dikendalikan oleh petugas psikologi KKM dan sukarelawan MERCY Malaysia. –THE MALAYA POST

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply