KKM saran umat Islam sambut Aidilfitri secara tertutup

0

Ketua Pengarah Kesihatan, Dato’ Dr Noor Hisham Abdullah menyarankan umat Islam menyambut Hari Raya Aidilfitri secara tertutup di rumah masing-masing pada tahun ini.

Walaupun sambutan perayaan dengan normal baharu dan belum pernah berlaku di negara sebelum ini, namun inilah peluang masyarakat untuk melindungi ahli keluarga terutama golongan berisiko tinggi dijangkiti.

“Mengambil kira berlakunya peningkatan kes COVID-19 seperti di negara luar, jadi kita di Kementerian Kesihatan Malaysia ingin mengatasi dan memberi nasihat kepada orang ramai untuk menyambut Hari Raya yang sederhana atau secara tertutup.

“Yang paling penting kita harus melindungi keluarga kita sendiri terutama golongan yang mudah terdedah seperti warga emas, kanak-kanak dan OKU,” kata beliau.

Ujar beliau, ini adalah salah satu cara yang boleh masyarakat praktikkan agar konsep kunjung mengunjungi dapat dikurangkan mahupun dihentikan.

Dengan inisiatif ini, dapat membantu negara dalam mengawal dan membendung kluster baharu secara tidak langsung.

Inilah pendekatan yang terbaik dan perlu kita lakukan untuk lebih menghargai keluarga dan menyayangi keluarga.

Umat Islam dinasihatkan menyambut Hari Raya Aidilfitri secara tertutup di rumah masing-masing untuk melindungi ahli keluarga terutama golongan berisiko tinggi daripada dijangkiti #COVID19.

Dikirim oleh KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA pada Jumat, 15 Mei 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply