KKM mohon pesakit dan waris beri maklumat tepat

0

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) meminta kepada semua pesakit, waris dan orang ramai perlu memberi maklumat yang benar kepada petugas kesihatan mengenai sejarah perjalanan, kontak terdekat serta tanda dan gejala ketika mendapatkan rawatan.

Perbuatan sembunyikan maklumat palsu merupakan satu kesalahan jenayah yang boleh dikenakan penalti dibawah seksyen 22 (d) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

Pemberian maklumat palsu mengenai COVID-19 kepada petugas kesihatan boleh dipenjara tidak melebihi dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Sehubungan itu, KKM menyeru agar pihak berkenaan tampil ke fasiliti kesihatan dan berikan kerjasama untuk menjamin keselamatan bersama.

Tolong beri kerjasama. Jika anda mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara, mempunyai kontak rapat dan juga mempunyai…

Dikirim oleh KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA pada Selasa, 24 Maret 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply