KKM mengalukan sukarelawan kesihatan dan perubatan

0

Mengambil kira situasi semasa, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyeru lebih ramai sukarelawan untuk turut serta dan tampil menyertai pasukan bantuan kesihatan dan perubatan COVID-19.

Untuk menjadi sebahagian dari sukarelawan pasukan bantuan ini, orang ramai boleh mengisi Borang Pendaftaran Anggota Sukarelawan Pasukan Bantuan Kesihatan dan Perubatan COVID-19 di laman sesawang Facebook KKM.

Dato’ Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan pihak KKM turut mengalu-alukan perkhidmatan sukarelawan kesihatan dan perubatan dalam menangani penularan kejadian COVID-19 di Malaysia.

KKM ingin memaklumkan bahawa pihak KKM mengalu-alukan perkhidmatan sukarelawan kesihatan dan perubatan dalam menangani…

Dikirim oleh Noor Hisham Abdullah pada Minggu, 29 Maret 2020

Sehingga hari ini, seramai 157 sukarelawan telah menyertai dan ditugaskan sebagai sukarelawan yang ditempatkan secara berperingkat untuk membantu pasukan bantuan kesihatan dan perubatan COVID-19.

Manakala sejumlah 1,008 orang lagi bakal menyertai pasukan perubatan di hospital, iaitu mereka terdiri daripada pelbagai profession perubatan.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply