KKM jalani ‘terminal cleaning’ di kawasan berisiko

0

Berhubung dua kluster yang kini memasuki generasi atau tahap kedua, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil langkah pantas bagi mencegah penularan jangkitan.

Antara langkah yang diambil adalah dengan melakukan aktiviti ‘terminal cleaning’ di seluruh bangunan hospital termasuk kawasan berisiko tinggi mengikut Prosedur Standard Operasi (SOP) KKM.

Selain itu, para pesakit dan anggota kesihatan yang disahkan positif COVID-19 telah diasingkan dan sedang mendapat rawatan di Hospital Umum Sarawak.

Aktiviti pengesanan kontak rapat kes positif COVID-19 diteruskan dan kontak rapat kepada anggota kesihatan dan pesakit yang telah dikesan positif telah diasingkan di pusat kuarantin.

Turut dimaklumkan, kapasiti makmal sedia ada di Hospital Umum Sarawak adalah sebanyak 1,000 ujian sehari namun bagi pertambahan kapasiti, sebanyak 100 lagi di Pusat Jantung Sarawak, 500 di UNIMAS dan 150 di Borneo Medical Centre boleh didapati disana sekiranya diperlukan.

Kenyataan Akhbar KKM Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Covid-19, 29 Julai 2020.- 5 kes sembuh- 13 kes baharu (8 import, 5 tempatan)- 2 kes di ICU dan 1 kes memerlukan bantuan alat pernafasan

Dikirim oleh KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA pada Rabu, 29 Juli 2020

Taklimat khas turut diberikan kepada anggota kesihatan bagi menekankan kepentingan pematuhan anggota terhadap pemakaian Personal Protective Equipment (PPE) dengan betul serta bersesuaian, penjarakan sosial sama ada di tempat bertugas atau tempat guna sama, dan juga pembersihan kawasan guna sama seperti pantri.

Saringan kesihatan mental turut dijalankan kepada anggota yang positif COVID-19 serta memberikan bantuan awal psikologi (Psychological First Aid- PFA).

Malah kesemua anggota kesihatan yang dikesan positif telah dirujuk kepada pasukan Kesihatan Mental dan Sokongan Psikososial (MHPSS) Hospital Umum Sarawak.

Bagi memastikan kesinambungan perkhidmatan dan melindungi pesakit serta anggota kesihatan, operasi Jabatan Pesakit Luar dan kemasukan pesakit baru telah dipindahkan ke Hospital Umum Sarawak manakala rawatan bagi pesakit sedia ada masih lagi diteruskan.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply