KKM dan PDRM akan melakukan pemeriksaan mengejut ke atas individu yang menjalani kuarantin wajib di rumah

0

Proses kuarantin wajib di rumah mewajibkan individu yang dikuarantin memakai wrist band yang disediakan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Menurut Menteri Kanan Keselamatan dalam Sidang Media Khas Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) sebentar tadi, beliau berkata setakat ini pihaknya mahupun pihak KKM tidak menerima sebarang laporan negatif mengenai kuarantin wajib di rumah.

KKM dengan kerjasama PDRM juga sentiasa membuat lawatan atau pemeriksaan mengejut bagi memastikan mereka yang menjalani kuarantin wajib mematuhi peraturan yang ditetapkan.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply