“Kita balik Bukit Beruntung ye abang”, Isma Yusoof jaga abang sakit Skizofrenia

0

Isma Yusoof atau nama sebenarnya Isma Aizal Yusoof mempunyai bakat seni yang tersendiri.

Selain berlakon , Isma turut dikenali dengan bakat serba bolehnya sebagai penyanyi, pengarah dan juga menulis lirik.

Terkini, Isma berkongsi bahawa dia kini mengambil tanggungjawab menjaga abangnya yang kurang sihat kerana menghidap penyakit Skizofrenia.

Menerusi laman media sosial Instagram peribadinya, walaupun sibuk dengan aktiviti seni, Isma bernekad membawa pulang abangnya dari Pusat jagaan Harmoni Chemor setelah hampir setahun menjalani rawatan di sana.

Berkongsi informasi pakar, Dr Mohd Ramadhan Mohd Masdar menyatakan Skizofrenia merupakan penyakit kesihatan mental yang melibatkan tiga aspek iaitu pemikiran, kelakuan serta perasaan.

Pesakit yang mempunyai masalah ini akan berkelakuan seolah-olah mereka telah hilang dari dunia realiti, menunjukkan pemikiran yang tidak teratur dan mungkin mengalami delusi atau halusinasi pendengaran selain dari kurang reaksi, kurang motivasi dan kurang bersosial.

Menurut kajian, faktor penyumbang kepada penyakit ini ialah diwarisi oleh ahli keluarga, ketidakseimbangan bahan kimia dalam otak, jangkitan virus atau sebarang trauma pada bahagian kepala atau otak semasa dalam kandungan, masalah keluarga atau kewangan yang membawa kepada tekanan emosi dan mental, penyalahgunaan dadah dan pengambilan alkohol secara berlebihan yang boleh menyebabkan berlakunya skizofrenia.

Menurut Dr Ramzdhan lagi, antara cara mengubati penyakit ini ialah dengan pengambilan ubat-ubatan, sesi kaunseling (termasuk ahli keluarga), bantuan dari segi kewangan serta diberi peluang pekerjaan.

Nampaknya bukan mudah. Namun kata Isma, tindakan itu bukan sekadar demi abangnya, tetapi dia berbuat demikian untuk dirinya sendiri.

Semoga segala urusan Isma dipermudahkan dan cekal serta bersabar dalam usaha menjaga abangnya itu.

“Kita balik Bukit Beruntung ye abang…” Sebak pula admin dengar ucapannya. Semoga dipermudahkan urusan Isma dan keluarga.

Terdahulu, Isma membuat pengakuan berani tidak mempunyai nafsu terhadap wanita dan mengakui dirinya adalah seorang transgender.

Menurut laporan Suara Merdeka, dia tidak peduli dengan kecaman yang dilemparkan terhadapnya selepas dia mengaku dirinya sebagai seorang transgender.

Bagi pelakon drama Sutun 2 itu, Malaysia adalah sebuah negara bebas dan sesiapa sahaja berhak untuk membuat atau melemparkan apa sahaja komen terhadap sesiapa.

“Ibaratnya kalau kita sendiri yang pilih untuk masuk kolam, kita kenalah terima hakikat yang kita akan basah selepas itu.

“Sama juga dengan kecaman, bila saya mengaku sebagai seorang transgender, kenalah terima dengan kecaman orang lain dan sebagainya,” katanya.

Untuk rekod, Isma menerima pendidikan awal di Universiti Multimedia dan mula aktif dalam bidang seni semenjak tahun 2006.

Dilahirkan pada 12 Ogos 1982, kerjaya lakonannya bermula melalui drama RTM iaitu Sutun 2.

Drama bersiri Merah Putih merupakan arahan pertama Isma, lakonan Zahiril Adzim, Ellyas Abdullah dan Dira Abu Zahar (2009), diikuti drama popular Kerana Terpaksa Aku Relakan, Blok 404 dan Teman Lelaki Upahan siaran TV3.

Selain itu, dia turut mengarahkan iklan televisyen untuk Naelofar Hijab.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

https://www.youtube.com/c/TheMalayaPost

 

Leave a Reply