Kit Siang patut henti politikkan semua benda, terutamanya ketika negara ini perlu dibina semula – Azmin Ali

0

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Azmin Ali menasihatkan ahli politik veteran DAP Lim Kit Siang supaya mengamalkan “penjarakan politik”, di samping penjarakan sosial ketika ini.

Beliau berkata demikian selepas Lim Kit Siang mengkritik kenyataannya sebelum ini, bahawa tindakan undang-undang boleh diambil pada negeri yang tidak membuka kembali ekonomi.

“Kit Siang patut berhenti politikkan semua benda, terutamanya ketika negara ini perlu dibina semula.

“Amalkan sedikit penjarakan politik juga,” ciapnya di Twitter.

Semalam Dato’ Seri Azmin menjelaskan ia bukanlah ancaman, sebaliknya peringatan bahawa kerjasama kerajaan negeri diperlukan untuk memulihkan negara.

Terdahulu Kit Siang yang merupakan anggota Parlimen Iskandar Puteri tidak menerima penjelasan itu, dan menyifatkan Dato’ Seri Azmin meninggalkan “kelat” (bad taste) atau rasa kurang enak terhadap hubungan pusat-negeri,.

Kit Siang juga menggesa Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin campur tangan dengan mengadakan pertemuan dengan semua kerajaan negeri, bagi memastikan semua pihak berada di pihak sama dalam melawan Covid-19.

Leave a Reply