Khasiat buah betik untuk kesihatan dan kecantikan kulit

0

Betik (Carica papaya), rasa manis yang enak dengan bau seolah limau kasturi (musky) dan tekstur isinya yang lembut seperti mentega, tidak hairanlah jika ia dipanggil sebagai “fruit of the angels” oleh Christopher Columbus.

Buah ini dianggap eksotik namun ia boleh didapati di pasaran sepanjang tahun.

Walaupun terdapat puncak bermusim yang sedikit pada awal musim panas dan luruh, pokoknya menghasilkan buah sepanjang tahun.

Menurut pakar perubatan dari iHeal Medical Centre Kuala Lumpur, Dr. Wong Teck Wee dalam satu sesi temubual dengan The Malaya Post, betik adalah sumber vitamin C yang sangat baik, dan sebiji buah ini yang bersaiz sederhana menyediakan 224 peratus pengambilan harian yang disyorkan.

“Sebiji betik yang sederhana mempunyai kira-kira 120 kalori, 30 gram karbohidrat (termasuk 5 gram serat dan 18 gram gula) dan 2 gram protein.

“Buah ini juga merupakan sumber yang baik bagi Folat, Vitamin A, Magnesium, Copper, Asid pantotenik dan serat

“Selain itu ia juga mempunyai vitamin B, alpha dan beta-karoten, lutein dan zeaxanthin, vitamin E, kalsium, kalium, vitamin K, dan lycopene, antioksida yang paling kerap dikaitkan dengan tomato”, katanya kepada The Malaya Post.

Dr Wong Teck Wee, Pakar Perubatan iHeal Medical Centre Kuala Lumpur

Yang pasti kata Dr Wong selain melancarkan sistem penghadaman dan pencernaan tubuh kita, buah betik ini juga sangat baik untuk kesihatan dan kecantikan kulit.

Jom kami kongsi kebaikan dan cara merawat kulit wajah dengan menggunakan betik.

1. Mencerahkan kulit.

Mengandungi ciri-ciri pemutihan dan pengelupasan. Vitamin C mampu mencerahkan dan menyerikan kulit.

2. Merawat bintik hitam, jeragat dan parut jerawat di wajah.

Selain mencerah, ia juga bagus untuk merawat bintik hitam, jeragat dan parut jerawat selain meratakan ton warna kulit. Inilah pentingnya vitamin C dan E kepada kulit.

Caranya : Campurkan betik bersama susu untuk dijadikan pes. Sapukan pada wajah. Sangat baik untuk merawat bintik hitam, jeragat dan parut jerawat di wajah seterusnya menjadikan wajah semakin cerah sekata.

3. Mengurangkan jerawat.

Enzim betik mempunyai sifat pembersihan yang boleh membantu membersikan pori-pori. Asid alfa hydroxy pada buah ini menjadikannya berasid secara semulajadi. Apabila pori-pori bersih dan tidak tersumbat, ianya dapat menjegah jerawat dari timbul.

Caranya : Lenyekkan betik untuk dijadikan pes. Sapukan pada wajah. Atau terus saja tampalkan kulit betik segar pada wajah anda.

4. Mengurangkan tanda-tanda penuaan.

Vitamin A mampu menanggalkan sel kulit mati. Manakala Asid alfa hidroksil akan melarut dan menyingkir sel-sel kulit mati. Kulit akan kelihatan lebih lembut dan gebu tanpa kekusaman, garis halus dan kekedutan.

Caranya : Ambil dua potong betik yang masak dan hancurkan sehingga lumat. Campur dengan satu sudu makan madu. Sapu pada wajah, biarkan selama 20 minit. Bilas dengan air suam sehingga bersih.

5. Kulit berjerawat, berminyak, pori besar & bertompok hitam.

Caranya : Kisar 1/2 biji betik, 1 biji jus limau nipis dan 1/2 sudu kecil serbuk kayu manis. Masukkan dalam bekas bersih dan simpan dalam peti sejuk. Ianya boleh bertahan hingga seminggu.

Cara penggunaan : Basahkan muka. Ambil 1 sudu besar bancuhan betik tadi, masukkan dalam kain bersih. Gosok muka dengan kain. Biarkan pati betik bercampur jus limau nipis tu rata ke seluruh muka.

Kesannya, kulit muka yang berminyak akan jadi lebih bersih. Pori besar akan mulai mengecut. Jerawat mula sembuh. Dan tompok hitam mula memudar.

Kayu manis bertindak sebagai antibakteria dan pemudar jeragat di muka. Jus limau nipis mengecutkan pori dan membantu minyak di muka lebih terkawal. Betik yang mengandungi enzim semulajadi bernama papain membantu pengelupasan kulit secara semulajadi mampu menghilangkan noda pada wajah.

6. Menghidrat kulit kering.

Betik juga kaya dengan kandungan air yang mampu membantu mengekalkan kulit lembap, licin dan lembut.

Caranya : Kisar isi betik masak, satu sudu madu dan sedikit perahan lemon tanpa meletakkan air. Ini kerana betik memiliki kandungan air yang tinggi. Masukkan dalam acuan dan sejuk bekukan selama satu jam.

Apabila ingin dipakai cuma gosokkan perlahan pada seluruh kulit wajah dan biarkan selama 10 minit. Bilas dengan air biasa.

Wah! Murah, mudah didapati dan banyak pula kebaikannya. Jom kita cuba. –THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

 

Leave a Reply