Ketua Polis Petaling Jaya lawat wanita yang selalu beri pau kaya semasa kecil sentuh hati ramai

0

Ketua Polis Daerah (KPD) Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal, dalam satu perkongsian sempat meluangkan masa untuk menziarah seorang wanita warga emas yang sering mengambil berat akan dirinya ketika kecil.

Warga emas yang dikenali sebagai Ah Siong itu sering membawa dan memberikan kuih pau ketika dirinya masih kecil.

” Masa saya kecil-kecil, dia selalu belikan saya pau kerana ibu bapa saya selalu bekerja di kawasan ini dan wanita berkenaan bekerja sekali dan apabila saya ikut ke pejabat, dia akan belikan saya pau dan sekarang saya sudah boleh beli pau saya sendiri dan hendak hantar balik pau kepadanya sebagai balasan ” beritahu Nik Ezanee kepada para pegawainya.

Tambah beliau lagi, kali terakhir beliau bertemu dengan Ah Siong kira-kira 30 tahun lalu dan beliau tidak menyangka yang Ah Siong masih ingat serta mengikuti perkembangan beliau di media sosial.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Nik Ezanee Mohd Faisal meluangkan masa menziarahi seorang wanita warga…

Posted by Polis Daerah Petaling Jaya on Thursday, 18 June 2020

Tidak hanya itu, Ah Siong turut menyimpan keratan berita mengenai beliau.

Rakaman video kunjungan Nik Ezanee ke rumah wanita berkenaan telah dimuat naik dan dikongsikan di Facebook rasmi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya.

Dalam kunjungan itu, Nik Ezanee turut membawa bungkusan pau untuk diberikan kepada wanita berkenaan.

Tidak hanya itu, Nik Ezanee turut memperkenalkan para pegawainya dan memberitahu Ah Siong bahawa mereka adalah ‘bodyguard’ beliau dan kini mereka juga bakal menjadi ‘bodyguard’ Ah Siong.

Mengenang akan jasa baik Ah Siong, Nik Ezanee turut berpesan jika Ah Siong menghadapi sebarang masalah supaya terus menghubungi beliau.

Baik sungguh budi pekerti Tuan KPD kita dan ianya patut menjadi contoh buat orang ramai.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply