Ketua Pengakap Negara meninggal dunia

0

KUALA LUMPUR 11 Sept 2019 : Ketua Pengakap Negara yang juga bekas Ahli Parlimen Kuala Langat, Tan Sri Dr Shafie Mohd Salleh, meninggal dunia di Hospital Selayang pada jam 9.30 pagi tadi.

Untuk rekod, Allahyarham yang juga bekas Menteri Pengajian Tinggi dipercayai mengalami kesakitan di bahagian perut dan mendapatkan rawatan di hospital itu sejak akhir bulan lalu.

The Malaya Post dimaklumkan bahawa jenazah Allahyarham dimandi dan dikafankan di Hospital Selayang pagi tadi.

Jenazah Allahyarham akan dikebumikan Di Kg Geching Sepang selepas Solat Zohor.

ﺇِﻧَّﺎ ﻟِﻠّﻪِ ﻭَﺇِﻧَّـﺎ ﺇِﻟَﻴْﻪِ ﺭَﺍﺟِﻌﻮﻥ

Al-Fatihah …

Leave a Reply