Ketua Badan Pimpinan Bersatu Terengganu, Datuk Razali Idris bertanding AMPT

0

Ketua Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Terengganu, Datuk Razali Idris mengesahkan pencalonannya untuk bertanding jawatan Ahli majlis pimpinan tertinggi, AMPT.

Perkara itu dinyatakan ketika dihubungi The Malaya Post.

Borang pencalonan diserahkan kepada Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti Bersatu, Tan Sri Syed Hamid Jaafar Albar pada jam 10.30 pagi ini.

Penamaan calon bagi jawatan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu ditetapkan pada hari ini bermula 10 pagi hingga 3 petang di ibu pejabat Bersatu.

Pemilihan MPT akan dibuat pada 18 April semasa persidangan peringkat bahagian yang diadakan serentak seluruh negara.

–THE MALAYA POST

*SubscribeChannel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

 

 

Leave a Reply