Tadabbur Al-Quran rutin tetap warga KPLB setiap Jumaat

0

Kesibukan kerja tidak membataskan amalan rutin membaca Al-Quran bagi warga Kementerian Pembangunan Luar Bandar, KPLB pada setiap pagi Jumaat.

Menurut Menteri Pembangunan Luar Bandar, Dato’ Dr. Abdul Latiff Ahmad, kelas Tadabbur Al-Quran diteruskan dengan video ‘conferencing’ bersama warga KPLB.

“Ini lah rutin setiap pagi jumaat. Dengan kesibukan, kekangan masa, namun kelas Tadabbur Al-Quran tetap dapat diteruskan dengan video conferencing bersama warga kerja Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB).”

Inilah antara aktiviti setiap pagi Jumaat Dato’ Dr. Abdul Latiff Ahmad bersama para pegawainya di KPLB sebelum memulakan tugasan rasmi di pejabat.

Beliau juga percaya amalan membaca Kalamullah yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad SAW ini memberi kekuatan mental dan fizikal kepada umat manusia dalam menghadapi pelbagai dugaan dan cabaran.

Bagi Ahli Parlimen Mersing ini beliau berpegang kepada prinsip ketua atau seseorang pemimpin tidak boleh membiarkan kesibukan menguasai diri, maka tanggungjawab sebagai Islam perlu berjalan seiring dengan tanggungjawab sesama manusia mahupun kerjaya.

“Allah SWT menjadikan Jumaat hari yang sangat istimewa sehingga digelar penghulu segala hari. Kelebihan hari Jumaat dapat kita fahami melalui hadis Rasulullah SAW: Sesungguhnya hari Jumaat adalah penghulu segala hari yang paling agung di sisi Allah, ia lebih besar di sisi Allah dari hari raya Aidiladha dan Aidilfitri. Padanya ada lima perkara, iaitu hari Allah menjadikan Adam, hari Allah menurunkan Adam ke bumi, padanya Allah mematikan Adam dan padanya juga ada satu saat apabila seseorang itu tidak memohon sesuatu melainkan Allah memberikannya selagi dia tidak memohon sesuatu yang haram dan padanya (hari Jumaat) berlakulah hari kiamat.” (Riwayat Ibnu Majah),” kongsinya.

Sebagai seorang pemimpin politik dan menjaga hal ehwal sebuah kementerian, mengatur jadual kerja dengan efisien adalah sangat penting bagi Datuk Dr. Abdul Latiff dalam menjalani tanggungjawab kerja, waktu bersama rakyat mahupun urusan peribadi.

Alhamdulillah dan tahniah dari kami di The Malaya Post. Semoga ia akan menjadi contoh kepada yang lain.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply