Kesan tidak mengambil sarapan pagi, apa kata pakar?

0

Bersarapan pagi adalah penting dalam usaha pertama mendapatkan tenaga bagi menjalani tugasan seharian.

Namun, ramai yang culas bersarapan pagi dengan alasan tidak cukup masa untuk bersiap dan terkejar-kejarkan tugasan mereka.

Akibatnya anda terjebak dalam pelbagai masalah kesihatan dan mengundang ketidakselesaan berpanjangan.

Jom kami kongsi pendapat pakar kesan tidak mengambil sarapan pagi.

1. Tekanan.

Badan anda menjadi tertekan kerana terpaksa bekerja lebih tanpa sebarang tenaga dimana ia sepatutnya diperolehi daripada makanan. Ini menjadikan anda cepat keletihan. Otak pula menjadi lembab dan tidak fokus. Ini bermakna ia memberi kesan fizikal dan juga mental.

2. Metabolisma tidak baik.

Kajian mendapati jika anda bekerja dalam keadaan perut kosong, ia boleh menyebabkan gangguan metabolisme, sekaligus berkait dengan kesihatan jantung.

3. Emosi terganggu.

Meninggalkan sarapan sememangnya akan mendatangkan kesan emosi. Perasaan lapar dan dahaga yang terpaksa ditahan pastinya menggangu konsenterasi dan konsistensi anda.

4. Lemah sistem imun badan.

Tidak mengambil sarapan juga akan mendatangkan kesan kepada sistem imun badan dimana ia akan menjadikannya lebih lemah daripada biasa. Ia terjadi apabila sistem imun tidak mampu mendapatkan sumber tenaga daripada makanan yang secukupnya pada waktu pagi. Kesannya, badan anda akan menjadi lemah kesan kurang nutrisi secukupnya.

5. Masalah usus & sistem penghadaman.

Kecenderungan anda mengidam makanan segera atau makanan ringan yang tidak berkhasiat akan meningkat lalu memakannya sebagai ganti sarapan. Ini tidak bagus kerana makanan jenis ini langsung tidak mempunyai nutrien yang diperlukan, malah berkemungkinan merosakkan usus dan sistem penghadaman pula.

6. Risiko obesiti.

Menurut kajian, meninggalkan sarapan akan mendorong anda makan lebih banyak pada waktu makan yang seterusnya seperti makan tengah hari dan makan malam. Cara ini meningkatkan risiko obesiti.

7. Risiko penyakit meningkat.

Selain obesiti, perbuatan meninggalkan sarapan juga akan meningkatkan risiko penyakit lain seperti diabetes, hipoglikemia, sakit jantung, hipertensi, gangguan metabolisme dan gangguan kitaran haid bagi wanita.

8. Nafas berbau.

Bau nafas pada waktu pagi sememangnya tidak menyenangkan. Lebih teruk jika anda meninggalkan sarapan pagi kerana nafas akan lebih berbau. Ia disebabkan anda tidak mengambil apa-apa makanan untuk meneutralisasikan bau nafas anda.

Oleh itu anda harus sedar, sarapan pagi merupakan waktu makan yang sangat penting. Meninggalkannya secara sengaja atau sebaliknya akan mendatangkan pelbagai kemudaratan.

Jadi, setiap kali bangun pada waktu pagi, sarapan adalah perkara terawal yang perlu anda lakukan terlebih dahulu. Adalah digalakkan untuk mengambil sarapan sejam selepas bangun tidur.

Jom rancang masa sebaiknya serta jalani gaya hidup sihat dan bertenaga.THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply