Kesan buruk mulut menguap terlalu besar

0

Pernahkah anda berasa sakit tulang rahang setelah ia mengeluarkan bunyi “tuk” dan terasa seolah-olah tulang rahang terkeluar dari soket?

Jika pernah, itu maknanya rahang anda telah terkehel.

Rahang tersekat (lockjaw) atau trismus merujuk kepada keadaan di mana seseorang kurang berupaya membuka mulut dan perlu diketahui seseorang yang mengalami rahang tersekat jenis sementara atau dalam sesetengah kes, jenis kekal tidak boleh membuka dan menutup mulut.

Dalam sesetengah kes, kejadian rahang tersekat ini amat menyakitkan dan tidak selesa dan jika dibiarkan tanpa rawatan, kejadian rahang tersekat ini boleh menjejaskan fungsi motor rahang, terutama fungsi mengunyah dan bercakap.

Untuk pengetahuan tambahan, sendi rahang memainkan peranan yang amat penting untuk pergerakan rahang kerana sendi rahang adalah tempat lekatan rahang bawah kepada tengkorak, terdapat di kedua-dua belah muka, terletak betul-betul di hadapan telinga.

Sendi rahang ini juga disokong oleh beberapa ligamen, tendon dan otot-otot yang berperanan untuk pelbagai jenis gerakan rahang.

Pergerakan rahang akan terjejas jika salah satu struktur tersebut cedera.

Memetik perkongsian dari laman mesia sosial Public Health Malaysia, keadaan itu terjadi apabila kita membuka mulut dengan terlalu besar contohnya menguap, atau memakan dalam kuantiti yang besar melebihi kemampuan mulut.

Sakitnya pipi saya selepas menguap. Ada bunyi "tuk" seolah-olah tulang rahang terkeluar dari soket. Rasa sakitnya macam…

Dikirim oleh Public Health Malaysia pada Senin, 20 Juli 2020

Maka benarlah kata orang tua-tua, tutup mulut masa menguap dan sebolehnya cuba tahan daripada mulut menguap terlalu besar.

Jika ini terjadi pada anda, segera ke unit kecemasan dan doktor akan kembalikan rahang anda pada kedudukan asal.

Jika sekali berlaku, ianya berisiko untuk berlaku sekali lagi. Jadi untuk mengurangkan risiko sendi rahang terkeluar dari soket, ingat pesanan kami tadi, jangan buka mulut besar sangat ya.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply