Kesan alkohol terhadap otak manusia

0

Seringkali kita mendengar dan membaca perkhabaran duka angkara pemandu

Memetik perkongsian dari laman Facebook Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ), pihak berkenaan berkongsi fakta kesan alkohol terhadap otak manusia.

Alkohol merupakan kimia bertindak balas terus ke otak dan apabila sampai di bahagian otak, alkohol berkenaan akan melekat di tiga reseptor iaitu Dopamine, Gamma-Aminobutyric Acid (GABA) dan Glutamate dan Dopamine ini sekaligus si pemabuk akan berasa gembira dan berada di awan-awangan.

Dopamine akan mencipta suatu perasaan dihargai atau sesuatu yang memberi ganjaran buat dirinya sekaligus menyebabkan peminum arak sukar berhenti.

Tetapi berbeza kesannya dengan dua lagi reseptor iaitu GABA dan Glutame yang memberikan kesan kemurungan kerana kedua-dua reseptor terbabit akan menyebabkan otak ‘shut down’ secara berperingkat mengikut tahap alkohol dalam darah.

Pemandu mabuk: Fakta kesan alkohol kepada otak manusiaAlkohol adalah kimia yang akan sampai ke otak bila di…

Posted by Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia on Friday, 3 July 2020

Antara peringkat-peringkat yang akan terjadi berdasarkan tahap alkohol terhadap otak sipemabuk adalah :

i) 0.07-0.09 : Kecacatan kecil (minor impairment) pada pertuturan, memori, keseimbangan, pendengaran dan masa untuk bertindak balas (reaction time) .

ii) 0.125 : Kesemua di atas akan merosot dengan ketara dan semakin teruk.

iii) 0.13 – 0.15 : Peminum alkohol mula jadi tidak tenteram, hilang motor skills, koordinasi dan pandangan kabur.

iv) 0.25 : Impairment in all mental capacity atau bahasa mudahnya sudah hilang akal, termasuk kemampuan deria dan fizikal (keupayaan mental).

Secara dasarnya apabila hilang akal, mereka juga hilang kelayakan untuk segala urusan yang lain.

Oleh sebab itulah, Islam menyatakan arak itu ibu segala maksiat.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply