Sunday, November 28, 2021
Home BERITA Kesahihan rakaman perlu dibuktikan sebelum sebarang tindakan – Takiyuddin

Kesahihan rakaman perlu dibuktikan sebelum sebarang tindakan – Takiyuddin

0

Pas bersikap terbuka sekiranya polis akan melakukan siasatan bersabit kesahihan rakaman audio yang didakwa mirip seorang pemimpin Pas mempertikai kepimpinan Presidennya PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Memetik laporan Bernama, Setiausaha Agung Pas Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata kesahihan rakaman audio perlu dibuktikan sebelum sebarang tindakan diambil.

“Saya sebagai orang undang-undang, tak buat apa-apa komen berdasarkan andaian, andaian perlu dibuktikan dahulu.

“Kalau ada laporan polis, biar polis siasat. Kita ikut undang-undang, kita tak nak main andaian ini,” kata Ahli Parlimen Kota Bharu itu kepada pemberita hari ini.

Beliau yang juga Menteri Tenaga dan Sumber Asli berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai penularan rakaman audio tersebut sejak semalam di media sosial.–THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply