Kes serangan seksual terhadap Ronaldo digugurkan

0

Kes serangan seksual babitkan Cristiano Ronaldo.

Hakim Amerika Syarikat menyarankan untuk menolak kes sivil terhadap Cristiano Ronaldo berhubung insiden di Las Vegas lebih dari satu dekad yang lalu.

Laporan Eurosport, mahkamah mendapati tuduhan dibuat oleh Kathryn Mayorga tidak boleh diterima.

Dalam pertuduhan itu, Kathryn Mayorga, bekas model, menuduh Ronaldo menyerangnya di sebuah bilik hotel pada tahun 2009.

Pemain antarabangsa Portugal itu bagaimanapun menafikan tuduhan melakukan serangan seksual dengan menegaskan bahawa perjumpaan mereka adalah persetujuan bersama.

“Kami berpuas hati dengan ulasan terperinci mahkamah berkenaan perkara ini dan kesanggupan mereka untuk membuat keputusan berdasarkan undang-undang dan fakta serta mencadangkan kes sivil ke atas Ronaldo digugurkan,” kata peguam bela penyerang itu Peter S Christiansen.

Ronaldo menegaskan hubungannya dengan Kathryn adalah atas dasar suka sama suka dan mahkamah di Nevada membenarkan usul pemain Portugal itu untuk menggugurkan kes berkenaan.

Kes terhadap penyerang Manchester United itu bermula dua tahun lalu dengan pendakwa raya mengatakan tidak ada kemungkinan untuk disabitkan.

Namun Kathryn memperjuangkan haknya mengambil tindakan sivil dan ganti rugi.

Bagaimanapun pada Rabu lalu, hakim Daniel Albregts mengesyorkan kebenaran menghentikan kes Ronaldo.

Pasukan peguam Mayorga masih boleh membuat bantahan di atas keputusan mahkamah itu dalam tempoh 14 hari.

12 tahun lalu Ronaldo membayar 375,000 pound (RM2.14 juta) kepada Mayorga sebagai penyelesaian kes berkenaan.

Pada tahun 2018, Mayorga cuba membatalkan penyelesaian itu dan kini meminta ganti rugi kerosakan dan kos sebanyak 56 juta pound (RM318.93 juta).

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply