Kes ragut babitkan warga emas di Cheras, PDRM kesal sikap prihatin dalam masyarakat semakin terhakis

0

Merujuk kepada perkongsian sebuah artikel di facebook rasmi Polis Diraja Malaysia, PDRM ada menyatakan kekesalan mereka di atas sikap ambil peduli atau prihatin dalam masyarakat Malaysia kini semakin terhakis.

Ia dibuktikan dengan satu kejadian nenayah yang berlaku di Cheras, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Ia membabitkan kes seorang warga emas telah diragut oleh dua individu dan insiden itu dirakamkan sebelum ia dimuatnaik ke media sosial.

Melalui perkongsian video berdurasi 30 saat terbabit, kelihatan beberapa individu lain turut berada di lokasi kejadian.

Namun malangnya, tiada seorang pun yang membantu mangsa yang menjerit meminta pertolongan.

Mereka hanya minat melihat apa yang berlaku daripada membantu mangsa yang ditimpa musibah.

Pada pendapat anda, apakah sikap prihatin (memberi bantuan) semakin terhakis dalam diri masyarakat Malaysia pada hari ini?

Sebaliknya, lebih selesa melihat, merakam dan memuatnaik ke media sosial untuk mendapatkan likes dan views yang banyak.

Pada hemat kami, jika senario berikut dibiarkan berleluasa dan menjadi budaya baharu masyarakat kita, maka pincanglah bangsa punahlah negara.

Leave a Reply