Kes pertama varian UK dikesan di Vietnam

0

Vietnam telah mengesan kes pertama yang diimport dari varian coronavirus baharu yang tersebar dengan cepat di seluruh Britain.

Varian itu dikesan dari seorang wanita berusia 44 tahun yang kembali ke Vietnam dari Britain, yang dikuarantin semasa tiba dan disahkan positif COVID-19 pada 24 Disember, kata kementerian kesihatan negara terbabit dalam satu kenyataan media.

“Para penyelidik menjalankan penjujukan gen pada sampel pesakit dan mendapati ‘strain’ dari varian yang dikenali sebagai ‘VOC 202012/01’,” katanya.

Varian berkenaan meliputi mutasi genetik yang secara teori dapat mengakibatkan virus tersebar dengan lebih mudah kepada orang lain.

Dilaporkan, negara-negara di seluruh dunia menyekat perjalanan ke Britain bagi menghentikan penyebaran varian baharu yang menurut saintis peratusan 40 peratus hingga 70 peratus lebih mudah dijangkiti daripada virus asal.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply