Kes pertama di luar Johor daripada kluster Bukit Tiram dikenalpasti

0

135 orang telah disaring bagi kes pertama di luar negeri Johor bagi kluster Bukit Tiram.

Melalui jumlah ini, 10 kes dikesan positif COVID-19 manakala 124 negatif dan satu kes masih menunggu keputusan.

Daripada 10 kes positif, seramai empat orang adalah warga asing dan kes positif yang dilaporkan pada hari ini (kes ke-8977) merupakan kontak rapat kepada kes positif ke-8893 dari negeri Johor.

Melalui siasatan dan aktiviti pengesanan kontak rapat secara aktif (Active Case Detection) yang dijalankan oleh Pejabat Kesihatan Daerah, kes positif ke-8893 didapati menginap di rumah kes ke-8977 pada 16 Julai sehingga 19 Julai di Selangor.

Justeru itu, individu terbabit telah dikenalpasti dan diarahkan Perintah Pengawasan serta Pemerhatian di rumah.

Ujian saringan COVID-19 kali kedua telah dijalankan apabila kes ke-8977 mengalami gejala batuk, sakit tekak dan turut dikesan positif dan kini dirawat di Hospital Sungai Buloh.

Bagi bilangan pecahan kes dan kontak rapat mengikut negeri adalah:

i. Johor
– Bilangan kontak rapat : 69
– Bilangan kes positif : 9

ii. Melaka
– Bilangan kontak rapat : 11
– Bilangan kes positif : 0

iii. Selangor
– Bilangan kontak rapat : 18
– Bilangan kes positif : 1

iv. WP Kuala Lumpur dan Putrajaya
– Bilangan kontak rapat : 21
– Bilangan kes positif : 0

v. Terengganu
– Bilangan kontak rapat : 6
– Bilangan kes positif : 0

Dengan pecahan berikut, ia mencatatkan bilangan kontak rapat adalah sebanyak 125 manakala kes positif sebanyak 10 kes.

KES PERTAMA DI LUAR NEGERI JOHOR BAGI KLUSTER BUKIT TIRAMSehingga 1 Ogos 2020 jam 12 tengah hari, sebanyak 135 orang…

Dikirim oleh KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA pada Sabtu, 01 Agustus 2020

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply