Kes kedua jangkitan wabak coronavirus China, negara serantau tingkatkan saringan

0

Pihak berkuasa negara Thailand telah meningkatkan prosedur pemeriksaan di pintu masuk negara sejurus menemui kes kedua berkenaan jangkitan wabak baharu coronavirus China.

Menjelang cuti perayaan Tahun Baru China yang bakal menjelang minggu hadapan, Thainland dijangkakan menerima lebih kurang sejuta pelancong yang bakal memasuki negara berkenaan.

Maka tindakan dan persediaan rapi haruslah dilakukan demi menjaga keselamatan dan kesihatan para pengunjung dan juga penduduknya, ujar Sukhum Karnchanapimai selaku Setiausaha Tetap Kementerian Kesihatan Awam.

Tambahnya lagi, baru baru ini satu kes terbaru telah membabitkan seorang wanita berusia 74 tahun berasal dari pusat bandar Wuhan, China, yang dikuarantin sejak tiba di Thailand Isnin lalu dan dikesan dijangkiti.

Walau bagaimanapun setakat ini tiada penyebaran wabak dikesan negara tersebut maka rakyat Thailand diminta bertenang.

Sebanyak 41 kes radang paru-paru telah dilaporkan dimana yang berpotensi dikaitkan dengan virus jenis baru itu yang di kesan di Wuhan malah dua kematian telah direkodkan setakat ini.

Thailand pada Isnin lalu telah mengesan satu kes yang membabitkan seorang wanita Cina berusia 61 tahun yang menghidap coronavirus, kes pertama dikesan di luar China, sementara Jepun merekodkan kes pertamanya semalam, selepas seorang lelaki Jepun pulang dari Wuhan.

Seramai 13,624 penumpang telah disaring sejak 3 Januari lalu ketika Thailand memulakan peningkatan pemantauan di empat lapangan terbang yang menerima penerbangan harian dari Wuhan iaitu Suvarnabhumi, Don Mueng, Chiang Mai dan Phuket serta penerbangan lain dari China.

Menurut Kementerian Kesihatan Singapura, seorang lelaki warga tempatan berusia 69 tahun yang dilaporkan mengunjungi Wuhan telah dikesan mengalami radang paru-paru.

Tambahnya, keadaan lelaki terbabit dalam keadaan stabil namun dia perlu ditahan (di hospital) untuk rawatan dan penilaian lanjut serta sebagai langkah berjaga-jaga.

Lelaki itu adalah mangsa ketiga disyaki mempunyai kaitan dengan wabak di Wuhan itu selepas dua warga China, seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun lelaki berusia 26 tahun, tetapi disahkan negatif bagi jangkitan virus itu. –THE MALAYA POST

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel
Untuk perkembangan berita dan isu semasa
tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply